Program Dermasiswa Universiti Asia Metropolitan khas untuk pelajar mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar tetapi mempunyai kekangan dari segi kewangan. Pihak universiti memberi Pengecualian Yuran Permohonan, Anugerah Bendahari dan Hostel Percuma selama 3 tahun pengajian.
Program ini terbuka hanya untuk dua program Diploma yang ditawarkan oleh kami iaitu Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang memberi pelajar pengetahuan dan kemahiran penting bagi menempuh zaman pekerjaan.
Pengecualian ini hanya diberikan untuk pelajar yang mendaftar dibawah program dermasiswa
Setiap permohonan untuk program dermasiswa akan diberikan bantuan ini
Hostel percuma bagi pelajar program dermasiswa dibawah syarat yang ditetapkan
Program Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan di AMU bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kepimpinan untuk menjadi kakitangan penjagaan kesihatan yang berkesan dalam pengurusan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
· Tiga (3) Tahun
· Akreditasi MQA
Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menyediakan pengetahuan, kemahiran dan sikap melalui latihan pendidikan, penggunaan teori, latihan industridan penerapan nilai dan etika profesional melalui program diantara pelajar dan pihak berkepentingan.
· Tiga (3) Tahun
· Akreditasi MQA
Copyright © AMU JOHOR BAHRU CAMPUS (KPT/JPT/DFT/US/J 03) © 2021
Privacy Notice. All Rights Reserved